Cart 0

Set Basic (Set Asas Berpantang)

RM 158.00

3 item iaitu Gel Mandian Azzahra, Gel Herbal dan Aroma Massage Oil sangat sinonim dengan ibu berpantang. Ia juga merupakan item asas untuk ibu² berpantang.
.
Ciri-ciri item yang terdapat dalam Set Basic adalah seperti berikut:

1. Aroma Massage Oil minyak panas aromaterapi dari 100% pati asli minyak limau purut dan halia. Sesuai untuk  ibu hamil mengurangkan loya dan pening, ibu berpantang untuk disapu ke seluruh badan selepas ibu mandi herba pada waktu pagi dan untuk proses urutan ibu berpantang. Bantu mengurangkan lenguh, menghangatkan badan, melindungi badan ibu dari kesejukan dan angin.
 
2. Gel Herbal berfungsi untuk param dan pilis. param ialah untuk menghangatkan kulit, mengelakkan serangan angin semasa dalam tempoh berpantang, menegangkan perut yang kendur. Digunakan sebelum memakai bengkung ibu. Pilis ialah untuk melegakan sakit kepala, mengelakkan angin masuk di kepala. Digunakan dengan menyapu di dahi. Boleh disapu di bahagian berlemak.
 
3. Gel Mandian Azzahra menyegarkan badan ibu lepas bersalin, melegakan lenguh sendi dan otot, membuang angin, mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin, meringankan dan mewangikan badan, melancarkan perjalanan darah. sesuai untuk ibu lepas bersalin, suami & setiap orang. Sesuai untuk rendaman kaki. Ia padat dengan 13 jenis ekstrak herba. Begitu mudah digunakan, ibu tak perlu susah susah nak merebus daun herba. Menjimatkan masa dan memudahkan proses berpantang.