Set Tungku Herba LittleEid
Tungku Besi berat 2 kg
Berat yang sesuai untuk bertungku dan senang digunakan oleh ibu kerana bentuk memanjang, senang dipegang. Hanya perlu bakar tungku ini di atas api yang paling perlahan selama 20 minit kemudian biarkan dalam 10-15 minit barulah dimasukkan ke dalam Sarung Tungku Herba untuk mengelakkan sarung terbakar.
Fungsi Lain Tungku Besi:-
1. Menuam perut
2. Menaikkan peranakan
3. Mengurangkan senggugut
4. Mengelakkan senggugut
Sarung Tungku Herba
Sarung Tungku Herba LittleEid diperbuat daripada kain cotton dan didalamnya telah dimasukkan daun-daun herba dan dijahit kemas.
Pada kebiasaanya, untuk tujuan bertungku, daun-daun herba seperti daun pandan dan daun kunyit dibungkus di dalam kain sarung apabila ibu hendak bertungku. Cara tersebut amat meremehkan kerana ibu perlulah mencari daun-daun herba yang bersesuaian terlebih dahulu dan kemudian membungkus pada setiap kali hendak bertungku. Dengan Sarung Herba ini, ibu mampu untuk bertungku pada bila-bila masa dengan lebih selesa dan mudah.
Cara Penjagaan: Sarung Herba tidak boleh dibasuh sama srkali. Cukup sekadar simpankannya di tempat kering dan bertutup.
Sarung Tungku Herba LittleEid terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu Biru Gelap dan Maroon. Warna akan diberi secara random atau boleh whatsapp/maklumkan pada kami terlebih dahulu utk pilihan warna yg available.